JOM RAIH PAHALA SEBESAR BERJIHAD
DENGAN INFAQ FISABILILLAH
Maahad Tahfiz Al Maghfirah baru sahaja diwujudkan pada tahun 2023 di Pusat Latihan Dakwah Yayasan Maghfirah, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Sebagai Maahad Tahfiz yang baharu, Maahad tahfiz ini mempunyai 12 orang pelajar sahaja. Maahad Tahfiz al Maghfirah memerlukan dana untuk terus berkembang.
Justeru, MAATAM sangat memerlukan sumbangan daripada Tuan/Puan untuk ia terus berkembang.
INI 4 JENIS KEBAJIKAN YANG TUAN BOLEH LAKSANAKAN DENGAN BERINFAK UNTUK MAAHAD TAHFIZ AL-MAGHFIRAH
1. INFAK TAJAAN MAKANAN ANAK-ANAK TAHFIZ
Untuk menghadapi hari yang penuh dengan tadarus, kuliah & ibadah. Anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al Maghfirah memerlukan makanan yang mencukupi & berzat. Setiap anak-anak tahfiz akan makan 4 kali sehari untuk memastikan jadual permakanan mereka mencukupi. Ayuh taja infak makanan anak-anak tahfiz ini sepanjang tahun.
"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah (SAW), "Apakah sifat-sifat Islam yang terbaik?" Rasulullah SAW bersabda, "Berilah makan kepada manusia, dan ucapkanlah salam kepada orang yang kami kenal dan orang yang tidak kamu kenal".
[HR Bukhari]
2. INFAK PEMBINAAN MASJID BAHARU
Surau yang ada ketika ini sangat kecil & hanya dapat memuatkan 50 ke 100 orang jemaah sedangkan Pusat Latihan & Dakwah Yayasan Maghfirah sering menganjurkan program keislaman besar-besaran yang melibatkan ramai orang awam.
Selain itu, kapasiti surau juga perlu ditambah kerana jumlah pelajar tahfiz akan meningkat dari masa ke masa.
Maatam merancang untuk membina sebuah masjid dengan kapasiti 1000 orang jemaah
Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.
[HR al-Bukhari dan Muslim]
3. INFAK PEMBINAAN ASRAMA BAHARU
Maahad Tahfiz Al Maghfirah berhasrat untuk menambah jumlah anak-anak tahfiz. Untuk tujuan itu, bangunan asrama Maahad Tahfiz akan dibina untuk menyediakan tempat untuk 200 anak-anak tahfiz baharu.“Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
[Surah Al-Baqarah, ayat 261]
4. INFAK TAJAAN ANAK-ANAK TAHFIZ
MAATAM juga membuka peluang untuk Tuan/Puan menaja anak-anak asnaf yang belajar MAATAM. Beri peluang untuk orang kurang bernasib baik mendalami ilmu agama, agar satu hari nanti lebih ramai daie dapat dilahirkan
“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]
INI CITA-CITA YAYASAN MAGHFIRAH PADA TAHUN 2027
Ketika ini daripada 15 ekar tanah di Pusat Latihan & Dakwah Yayasan Maghfirah hanya beberapa ekar tanah sahaja yang digunakan, selebihnya hanyalah kawasan belukar yang tiada pembangunan.
Oleh kerana itu, Yayasan Maghfirah berhasrat membina fasiliti-fasiliti baharu di kawasan belukar yang belum digunakan di sini seperti:
✅ Masjid baharu yang memuatkan 1000 orang jemaah
✅ Dewan serbaguna yang berkapisiti 1000 orang dalam satu masa
✅Dua buah asrama tahfiz baharu yang boleh menempatkan 250 orang pelajar
✅Kolam renang
✅ Balapan kuda untuk anak-anak tahfiz belajar berkuda
✅ Padang memanah
✅Taman rekreasi
DANA YANG DIPERLUKAN OLEH MATAM SEHINGGA 2027
RM 50 JUTA
Percayalah, sumbangan tuan/puan ini akan menjadi bukti amal kebajikan yang tuan/puan lakukan di hadapan Allah pada akhirat kelak.
asbab sumbangan tuan/puan, tanah ini yang dulunya terbiar akan dapat dihidupkan dengan program-program agama, alunan tadarus & ibadah
asbab sumbangan tuan/puan juga, lebih ramai anak-anak asnaf yang akan berpeluang untuk mendalami ilmu agama & seterusnya menjadi pemimpin agama kepada masyarakat.
Firman Allah SWT
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
(Surah Ali Imran, ayat 130)
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU ?
Jika Tuan/Puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej yang disediakan, boleh menyumbang sebanyak RM10, RM20 dan sebagainya ke akaun di bawah :
![]()
#CIMB : 8603 221 427
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : PLD80
Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei Tuan/Puan boleh menyumbang
dengan memilih kaedah transaksi kad debit atau kredit melalui Stripe