JOM JADIKAN TANAH 15 EKAR INI
SEBAGAI LADANG MENJANA SAHAM AKHIRAT!

Alhamdulillah Yayasan Maghfirah kini mempunyai tanah seluas 15 ekar yang pada asalnya terbiar di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Kalau diberi pilihan, adakah tuan/puan hanya ingin membiarkan sahaja tanah ini terbiar dengan semak samun & lalang ataupun tuan/puan ingin menyuburkan tanah ini dengan aktiviti-akviti & program keislaman seperti tadarus & kuliah?
Pastinya kita semua akan memilih pilihan kedua kerana ianya ibarat saham pahala yang mengalir kepada kita kerana membantu menghidupkannya
Pastinya kita semua akan memilih pilihan kedua kerana ianya ibarat saham pahala yang mengalir kepada kita kerana membantu menghidupkannya
Itulah juga cita-cita besar Yayasan Maghfirah membangunkan tanah terbiar ini menjadi Pusat Latihan & Dakwah yang menghimpunkan sekolah Maahad Tahfiz & juga aktiviti-aktiviti yang bersifat keislaman.
INI CITA-CITA YAYASAN MAGHFIRAH PADA TAHUN 2027

Ketika ini daripada 15 ekar tanah di Pusat Latihan & Dakwah Yayasan Maghfirah hanya beberapa ekar tanah sahaja yang digunakan, selebihnya hanyalah kawasan belukar yang tiada pembangunan.
Program-program yang dapat dilaksanakan di sini juga agak terhad.
▶️ Surau yang ada sangat kecil & hanya dapat memuatkan 50 ke 100 orang jemaah
▶️ Asrama tahfiz hanya mempunyai satu bangunan
▶️ Dewan yang ada sangat kecil & hanya boleh memuatkan maksimum 200 orang sahaja pada satu masa
Oleh kerana itu, Yayasan Maghfirah berhasrat membina fasiliti-fasiliti baharu di kawasan belukar yang belum digunakan di sini seperti:
✅ Masjid baharu yang memuatkan 1000 orang jemaah
✅ Masjid baharu yang memuatkan 1000 orang jemaah
✅ Dewan serbaguna yang berkapisiti 1000 orang dalam satu masa
✅Dua buah asrama tahfiz baharu yang boleh menempatkan 250 orang pelajar
✅Kolam renang
✅ Balapan kuda untuk anak-anak tahfiz belajar berkuda
✅ Padang memanah
✅Taman rekreasi

Dewan serbaguna dengan kapasiti 1000 orang

Asrama pelajar berkapasiti 250 orang pelajar

Balapan kuda
InsyaAllah jika pembangunan ini siap kelak, pelbagai aktiviti-aktiviti keislaman dapat dijalankan. Laungan azan, alunan tadarus, zikir akan bergema di setiap sudut Pusat Latihan & Dakwah ini. Saban hari di sini akan diisi dengan kuliah & ceramah-ceramah yang bermanfaat.

.jpg)
Justeru, kami memohon sumbangan Tuan/Puan bagi membantu kami mendapatkan dana membina pembangunan di Pusat Latihan & Dakwah ini.
DANA YANG DIPERLUKAN SEHINGGA 2027
RM 50 JUTA
Percayalah, sumbangan tuan/puan ini akan menjadi bukti amal kebajikan yang tuan/puan lakukan di hadapan Allah pada akhirat kelak.
Selagi fasiliti-fasiliti baru ini terus digunakan untuk kebaikan, selagi itulah pahalanya akan terus mengalir kepada Tuan/Puan
Firman Allah SWT
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
(Surah Ali Imran, ayat 130)