INI CITA-CITA YAYASAN MAGHFIRAH PADA TAHUN 2027

Ketika ini daripada 15 ekar tanah di Pusat Latihan & Dakwah Yayasan Maghfirah hanya beberapa ekar tanah sahaja yang digunakan, selebihnya hanyalah kawasan belukar yang tiada pembangunan.
Program-program yang dapat dilaksanakan di sini juga agak terhad.
▶️ Surau yang ada sangat kecil & hanya dapat memuatkan 50 ke 100 orang jemaah
▶️ Asrama tahfiz hanya mempunyai satu bangunan
▶️ Dewan yang ada sangat kecil & hanya boleh memuatkan maksimum 200 orang sahaja pada satu masa
Oleh kerana itu, Yayasan Maghfirah berhasrat membina fasiliti-fasiliti baharu di kawasan belukar yang belum digunakan di sini seperti:
✅ Masjid baharu yang memuatkan 1000 orang jemaah
✅ Masjid baharu yang memuatkan 1000 orang jemaah
✅ Dewan serbaguna yang berkapisiti 1000 orang dalam satu masa
✅Dua buah asrama tahfiz baharu yang boleh menempatkan 250 orang pelajar
✅Kolam renang
✅ Balapan kuda untuk anak-anak tahfiz belajar berkuda
✅ Padang memanah
✅Taman rekreasi

Dewan serbaguna dengan kapasiti 1000 orang

Asrama pelajar berkapasiti 250 orang pelajar

Balapan kuda
InsyaAllah jika pembangunan ini siap kelak, pelbagai aktiviti-aktiviti keislaman dapat dijalankan. Laungan azan, alunan tadarus, zikir akan bergema di setiap sudut Pusat Latihan & Dakwah ini. Saban hari di sini akan diisi dengan kuliah & ceramah-ceramah yang bermanfaat.

.jpg)
Justeru, kami memohon Tuan/Puan untuk membantu kami mendapatkan dana membina pembangunan di Pusat Latihan & Dakwah ini.
Percayalah, sumbangan tuan/puan ini akan menjadi bukti amal kebajikan yang tuan/puan lakukan di hadapan Allah pada akhirat kelak.
Selagi fasiliti-fasiliti baru ini terus digunakan untuk kebaikan, selagi itulah pahalanya akan terus mengalir kepada Tuan/Puan
Firman Allah SWT
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
(Surah Ali Imran, ayat 130)